Profil


Muhammad Firdaus bin Ariff merupakan Business Strategist di Ideator Consulting yang mengkhusus kepada Business Model Canvas dan UX (User Experience). Antara projek beliau adalah UrusKelas, dan RoketSMS.

Sebelum ini beliau juga merupakan penulis dan penterjemah freelance di PTS Media Group Sdn Bhd selain menulis artikel dan cerpen bagi penerbitan-penerbitan lain. Dari semasa ke semasa beliau turut menjadi trainer dan penceramah dalam bidang kreativiti, penulisan dan bisnes.

Antara topik yang pernah disentuh oleh beliau di blog utama beliau adalah:
  1. Tipping Point
  2. Permission Marketing
  3. Business Model Canvas
  4. Lean Startup
  5. Edgecraft
  6. User Experience
Mengapa Anda Memerlukan Strategist?

Anda memerlukan khidmat business strategist sekiranya anda mengalami salah satu situasi berikut:
1. Mahu meningkatkan jualan produk
2. Mahu meningkatkan keuntungan syarikat
3. Mahu menilai proposal bisnes yang ditawarkan
4. Mahu mencipta produk dan perkhidmatan baru
5. Mahu mencari pelanggan baru

Siapa Business Strategist?

Business Strategist bertindak sebagai pemandu arah dan pelindung dalam dunia bisnes. Mereka adalah individu yang mempunyai kombinasi ilmu dan pengalaman praktikal bisnes pada peringkat strategik. Peranan utama business strategist adalah melindungi klien daripada kerugian dan seterusnya meningkatkan pencapaian bisnes.

Bagaimana Business Strategist Membantu?

1. Menilai business model sedia ada dan mencadangkan pengukuhan
2. Mengenalpasti peluang pertumbuhan bisnes melalui produk dan pelanggan baru
3. Meningkatkan nilai bisnes dan produk melalui branding
4. Mencipta aliran pendapatan baru
5. Mengenalpasti risiko tersembunyi dalam bisnes sedia ada

Mahu Mendapatkan Khidmat Business Strategist?

Emelkan nama, nombor telefon dan latar belakang bisnes ke alamat firdaus.ariff@gmail.com

No comments:

Post a Comment